Rabu, 16 Disember 2009

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:
   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Barang siapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara 
daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

Maksudnya:
   Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad.. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ahad, 4 Oktober 2009

Majlis Sambutan Aidilfitri 1430H Fasa 1D

AJK Surau An-Nur Fasa 1D Bersama KRT 7 Seri Manjung dengan segala hormatnya mempersilakan Ust/Dato/Datin/Tuan/Puan warga Fasa 1D serta seluruh anggota keluarga untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri 1430H yang diadakan pada:

Tarikh: 11 Oktober 2009 (Ahad)
Tempat:   Tapak Surau An-Nur
Masa:     9.00 pagi.

Untuk menampung sebahagian kos penyediaan peralatan, makanan, dan pengurusan majlis, jawatankuasa penganjur ingin memohon sumbangan minima sebanyak RM30.00 bagi setiap keluarga.

Pengesahan kehadiran serta cara2 pembayaran sedang diedarkan ke setiap rumah. Semoga kehadiran seluruh keluarga Fasa 1D dapat memeriahkan lagi majlis dan mengeratkan silaturrahim serta perasaan muhibbah dikalangan warga Fasa 1D.

Rabu, 9 September 2009

BERSEDEKAH DAN AMAL JARIAH DI BULAN RAMADHAN


Tuan2 dan Puan2 yang ingin menyumbang dalam membuat amal jariah dan bersedekah, 
boleh salurkan sumbangan tersebut untuk: 

1) Wakaf Tanah Pusat Penjagaan Anak2 Yatim Nurul Ihsan Sg. Siput, Perak

Setiap 1 kaki persegi berharga RM10.00
Sumbangan boleh disampaikan kepada:
Ustaz Zakaria bin Ahmad (Penceramah Kuliah Ramadhan) atau En. Gapar
Pada hari Rabu 19hb Sept 2009 (19 Ramadhan)

2) Imfak kepada Anak2 Yatim dan fakir miskin

Sumbangan selewat2nya pada 11hb Sept 2009, boleh disalurkan kepada:
- Tn. Hj. Mat Salam
- Tn. Hj. Raja Husein
- Tn. Hj. Lokman
- Tn. Hj. Md Razali

Sekian, wassalam.

MOD


Khamis, 3 September 2009

Mesyuarat AJK Surau

Tarikh:   3hb Sept 2009
Masa:    Selepas solat Tarawih
Tempat: Surau An-Nur (sementara)


Agenda:
1) Persiapan Hari Raya


Semua AJK dan Jemaah yg berkelapangan dijemput hadir.