Sabtu, 11 Januari 2020

New deadline for Yahoo Groups data request

Selasa, 10 Disember 2019

Next Steps: The Evolution of Yahoo Groups (Final Notification)

Sabtu, 9 November 2019

Yahoo Groups - Upcoming Product Changes to Yahoo Groups

Ahad, 5 Februari 2012

MAULIDUR RASUL

PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH


PengenalanTanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

muhamad5

Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 
Keperibadian Terpuji
Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin. 
Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:

"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".
Ketokohan Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab  mempertahankan agama Allah.

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

Keadaan Kucar kacirKeadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai  kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(al-ahzab 21).
KesimpulanOleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.
Sumber:    Akhbar Utusan Malaysia
JAKIM

Rabu, 2 November 2011

Surau_AnNur] QURBAN [1 Attachment]

Sent: Wednesday, 2 November 2011, 12:45

 
[Attachment(s) from muhamad rasidi adenin included below]
assalamualaikum
 
disertakan tulisan berkaitan Feqah Qurban


 
Muhamad Rasidi Adenin
019 5141000
mradenin2020@yahoo.com
skype id: muhamad.rasidi
__._,_.___
Attachment(s) from muhamad rasidi adenin
1 of 1 File(s)

Sabtu, 15 Oktober 2011

Fw: [Surau_AnNur] Qurban & Aqiqah & Solat Aidiadha 1432H


----- Forwarded Message -----
From: muhamad rasidi adenin <mradenin2020@yahoo.com>
To: "Surau_AnNur@yahoogroups.co.uk" <Surau_AnNur@yahoogroups.co.uk>
Sent: Saturday, 15 October 2011, 12:31
Subject: [Surau_AnNur] Qurban & Aqiqah & Solat Aidiadha 1432H

 
 assalamualaikum wm wb
 
Jawatankuasa Surau An Nur Fasa 1D insyaallah akan mengadakan  program Qurban & Aqiqah dan Solat Sunat Aidiladha 1432H pada 10 Zulhijjah 1432H bersamaan 6 November 2011, Hari Ahad bertempat di Surau An Nur.
 
disertakan brosur dan borang
mohon sampaikan kepada sahabat yang lain
wassalam 
 
Muhamad Rasidi Adenin
019 5141000
mradenin2020@yahoo.com
skype id: muhamad.rasidi
__._,_.___

Selasa, 20 September 2011


Seindah2 perhiasan adalah perempuan yang solehah
Seindah2 ukiran adalah senyuman yang manis
Seindah2 pemandangan adalah wajah ulama' yang tenang
Seindah2 bisikan adalah ilham dari Allah
Seindah2 perbuatan adalah solat
Seindah2 percakapan adalah zikrullah
Seindah2 hati adalah bersangka baik
Seindah2 kesedihan adalah mengenangkan dosa
Seindah2 kegembiran adalah setelah solat
Seindah2 penghayatan adalah ayat2 al quran
Seindah2 nasihat adalah hadis2 nabi s.a.w
Seindah2 tekad adalah nazar
Seindah2 pakaian adalah jubah dan serban
Seindah2 bulu adalah janggut
Seindah2 mekap adalah celak
Seindah2 taat adalah kepada Allah
Seindah2 ikutan adalah kepada Rasullullah

Isnin, 20 Jun 2011

Hari Keluarga, Aqiqah & Ceramah Israk Mikraj

Sent: Monday, 20 June 2011, 12:01

 
NAMA PROGRAM
HARI KELUARGA, AQIQAH & CERAMAH ISRAK MIKRAJ
 
ANJURAN BERSAMA
SURAU AN-NUR, BANK ISLAM DAN KRT SERI MANJUNG VII
 
OBJEKTIF
a.            Merapatkan ukhuwah dikalangan penduduk Fasa 1D, jamaah surau An Nur dan kakitangan Bank Islam.
b.            Mengumpulkan dana untuk pembayaraan pembinaan surau An Nur.
c.            Memudahkan perlaksanakan ibadah Aqiqah dikalangan penduduk dan jamaah surau.
d.            Memberi ilmu, pengajaraan dan kesedaran kepada jamaah Surau An Nur berkaitan peristiwa Israk Mikraj 

 
TARIKH, HARI & MASA
Tarikh : 25.06.2011
Masa    : 8.30 pagi – 10.30 malam
Hari      : Sabtu
 
TEMPAT
Surau An Nur dan perkarangan
 
Sumbangan program penduduk RM30.00 satu rumah kepada semua ajk surau

Masa Perkara
6.00  –  8.00 pagi Sembelihan Aqiqah
8.00  –  8.25 pagi Kehadiran Penduduk
8.25  –  8.30 pagi Kehadiran Tetamu
8.30  –  9.00 pagi Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
~ Bacaan Doa
~ Ucapan Pengerusi Surau An Nur
~ Ucapan Pengerusi KRT VII Seri Manjung
~ Ucapan Pengurus Bank Islam
~ Ucapan YB Ahli Parlimen Lumut
9.00 – 12.00 tgh
  Minum pagi
  Memasak
  Acara sukan :–
Futsal = 4 pasukan (7+2)
Bola Tampar = 4 pasukan (6+2)
  Acara kanak-kanak 7 tahun kebawah = mewarna
  Acara kanak-kanak 8-12 tahun = melukis
  Gerai jualan
  Pertandingan masakan
  Pameran produk Bank Islam
  Cabutan nombor  sumbangan
  Pemeriksaan dan ceramah kesihatan
   
12.00 – 1.00 petang rehat
1.00 – 2.00 petang Solat Zohor
2.00 – 4.00 petang Pertandingan Azan
- 15 orang remaja lelaki bawah 12 tahun
- 15 orang bawah 18 tahun
4.00 – 4.30 petang rehat
4.30 – 5.00 petang Solat Asar
5.00  –  6.30 petang Kuliah Muslimat
5.00  –  6.30 petang Acara sukan akhir – Futsal
6.30  –  7.15 petang Rehat
7.15  –  9.00 malam Solat Maghrib
  Ceramah Israk Mikraj
Ustaz Nor Raihan Bin Aziz
Jabatan Syariah Bank Islam
  Solat Isyak
  Penyampaian hadiah
  Cabutan nombor sumbangan
9.00  –  10.00 malam Makan malam
10.00  –  10.30 malam Gotong royong mengemas
10.30 malam Bersurai
   

Muhamad Rasidi Adenin
019 5141000
mradenin2020@yahoo.com

skype id: muhamad.rasidi

__,_._,___


Sabtu, 14 Mei 2011

Surau kini siap dibina

 
Sabtu 14 Mei 2011, hari ini warga Fasa 1D sama-sama bergotong-royong membersihkan Surau An-Nur yang baru siap dibina bagi membolehkan  para jemaahnya menafaatkan surau tersebut.